Masalah aksara khas Wikipedia:Transliterasi Arab-Rumi

Perhatikan bahawa sesetengah huruf seperti ṣ dan ṯ adalah aksara-aksara khas dalam pengekodan Unicode dan tidak boleh ditaip secara terus dengan menggunakan papan kekunci komputer biasa. Hal ini boleh menimbulkan kesukaran bagi para penyunting. Untuk menyelesaikan masalah ini, anda boleh pergi ke laman ini (petua: gunakan jalan pintas WP:TAR), menyalin aksara-aksara yang berkaitan daripada jadual yang disediakan dan menampalnya dalam rencana yang disunting. Namun, jika anda berasa bahawa kaedah ini menyulitkan, anda boleh menggantikan aksara-aksara khas tersebut dengan huruf Rumi biasa yang paling hampir pada papan kekunci (perbuatan sebegini dikenali sebagai transliterasi ringan).